Tuesday, November 20, 2012

Renungan: Jawapan Kepada Mereka Yang Enggan Menutup Aurat

 

Sejak akhir-akhir ini, saya seringkali mendapat pertanyaan yang sama mengenai isu-isu aurat. Bagaimana hendak menjawab alasan mereka yang tak nak menutup aurat? Bagaimana hendak menarik mereka memakai tudung? Bagaimana nak memberi kefahaman kepada mereka tentang aurat? Dan lain-lain lagi.
Di sini saya berusaha mengumpul alasan-alasan dan hujah-hujah balas buat si pelaku dedah aurat. Terima kasih kepada sumber berkenaan, boleh rujuk untuk jawapan penuh. Dan artikel ini bukan sahaja tertumpu pada isu bertudung, malah juga buat muslimah yang bertudung pendek, memakai sendat serta kaum muslimin sendiri yang mendedah aurat. Insyaallah semoga bermanfaat buat mereka yang tercari-cari jawapan mengenai isu ini.

1. Walaupun dedah aurat, diri masih menjaga maruah dan tidak melakukan perkara tak senonoh?
”Janganlah nilai orang dari luarannya. Don’t judge a book by its cover!”
“Walaupun tidak pakai tudung, saya tetap masih jaga solat dan menjaga tingkah laku”
Jawapan:
Adakah anda mendakwa diri anda mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri tanpa perlu menutup aurat? Tetapi adakah anda berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi yang melihat aurat anda mempunyai hati sesuci dan iman setinggi anda juga?
Langsungkah mereka tidak memberi kesan dan tidak membangkitkan nafsu serakah mereka yang berada di hadapan anda? Jadi, perlu diberi kefahaman bahawa kewajipan wanita menutup aurat bukanlah semata-mata untuk menjaga maslahat dan maruah pihak wanita itu sendiri, tetapi maslahah yang lebih besar ialah menjaga masyarakat yang berada di sekelilingnya agar tidak terfitnah disebabkan budaya mendedahkan aurat.
Betapa banyak kes-kes jenayah rogol dan cabul berpunca daripada wanita sendiri yang mempamerkan tubuh badannya yang terdedah di hadapan khalayak lelaki. Maka tutuplah aurat bukan sekadar untuk anda, tetapi juga demi kemaslahatan orang lain di sekeliling.

2. Perempuan yang bertudung lebih teruk daripada tak bertudung?

“Ala… perempuan pakai tudung pun berperangai buruk!”
“Ada juga rakan saya yang betul-betul menutup aurat tetapi perangai dan kelakuan mereka lebih teruk dari perempuan yang tidak memakai tudung!”
“Ada seorang kakak tu pakai tudung, tapi perangai buruk, mengumpat sana mengumpat sini”
“Siapa kata orang tak pakai tudung semua jahat?”
Jawapan:
Ungkapan anda ini seolah-olah sedang memperlekehkan insan yang sedang berusaha mentaati perintah Allah (dalam bab tutup Aurat). Apakah anda perasan bahawa anda sudah lebih baik berbanding insan yang menutup aurat tersebut apabila anda berani melafazkan ungkapan seperti itu, sedangkan anda sendiri membiarkan aurat anda terbuka?
Salah sama sekali dalam hal ehwal agama, untuk kita membandingkan diri kita dengan mereka yang lebih buruk agama dan akhlak. Ia adalah teknik Syaitan untuk menghentikan seseorang dari melakukan usaha pemulihan diri kepada yang lebih baik.
Nabi bersabda: Dua perkara yang sesiapa dapat perolehinya akan ditulis dirinya sebagai hamba yang bersyukur dan sabar, sesiapa yang gagal dalamnya, tidak akan ditulis sebagai orang bersyukur dan sabar. Iaitu sesiapa yang melihat tentang agamanya kepada mereka yang jauh lebih baik darinya, lalu dia berusaha mengikutinya, dan dalam hal keduniaan mereka melihat kepada orang-orang yang kurang darinya sehingga ia memuji Allah atas nikmat yang diperolehinya. (HR At-Tirmidzi)
3. Tidak mahu hipokrit bila bertudung?
“Bertudung ni perlukan keikhlasan…”
“Saya mahu berubah kerana saya sendiri yang ingin berubah. Saya mahu melakukannya dengan ikhlas, bukan kerana disuruh.”
“Buat apa pakai tudung kalau hati tak betul”
Jawapan:
Allah swt dan RasulNya telah mengarahkan seluruh wanita muslimah WAJIB untuk menutup aurat tidak kira sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, suka atau tidak, disuruh oleh orang lain atau terbit dari hatinya sendiri. Sama seperti mendirikan solat, membayar zakat, puasa Ramadhan dan semua arahan serta larangan Islam yang lain, sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, terpaksa atau tidak. Sekiranya ikhlas dijadikan alasan maka, ramai diluar sana tidak perlu solat 5 waktu kerana sukar mencapai tahap keikhlasan yang ingin dicapai.
Perlu diingatkan, jika seseorang menutup aurat secara ikhlas atau separa ikhlas, maka dia akan beroleh ganjaran sekadar keikhlasannya. Namun tanggungjawab fizikal yang diwajibkan oleh agama dikira sudah terlaksana secara zahirnya. ATAU kata lainnya, tatkala itu dia hanya BERDOSA SEKALI iaitu kerana tidak melaksanakannya secara ikhlas, tetapi dia terhindar dari dosa tidak mengerjakan yang wajib ke atasnya secara zahir.
Namun jika dia degil dan tidak menutup aurat, atas alasan TIDAK IKHLAS, TIDAK MAHU HIPOKRIT dan sebagainya, tindakannya itu menjadikannya BERDOSA di sisi Allah secara fizikal dan juga spiritual, atau dalam kata lainnya, dia berdosa DUA KALI.
Dosa di level pertama dan kedua sekaligus, malah lebih musnah apabila dosa level pertama itu sangat mudah bercambah apabila ia berjangkit kepada orang lain, seperti apabila sahaja ada mata lelaki bukan mahram yang melihat, ketika itu dosa bukan hanya dua kali tetapi sebanyak mata lelaki yang melihat. Adapun bagi mereka yang tidak ikhlas tadi, at least dia sudah terselamat dari cambahan dosa dari mata lelaki.

4. Menunggu seru untuk bertudung?

“Biarlah ianya datang daripada saya sendiri, bukan dipaksa sesiapa. Bila tiba masa, Insyaallah saya bertudung”
“Saya tahu hari itu akan tiba tetapi bukan sekarang”
“Insyaallah, apabila sudah berkahwin barulah saya bersedia”
Jawapan:
Jika bukan sekarang, maka adakah apabila sudah terlantar di rumah mayat baru ingin berubah? Sedarilah wahai diri, bahawa kematian akan datang secara tiba-tiba dan tiada sebarang jaminan umur masih panjang beberapa minggu lagi.
“Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang bisa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan jangan menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, putera-putera lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang ‘aurat wanita. Dan jangalah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka.Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” – surah an-Nur ayat 31
sumber


#Renung -Renungkan dan Selamat Beramal

5 Year old brave Girl Speaks Truth to Israeli Soldiers! She deserves the...

Saturday, November 17, 2012

Ya ALLAH Bantulah Saudara2 Kami Di Gaza


YA ALLAH BANTULAH SAUDARA2 KAMI BERJIHAD DI GAZA DAN  DIMANA JUA MEREKA BERADA KAU HANCURKANLAH REJIM ZIONIS ISRAEL 


 

Thursday, November 1, 2012

Drebar Bas Samseng

KUALA LUMPUR: Hanya kerana lambat turun dari bas, seorang penumpang orang kelainan upaya (OKU) bukan sahaja dimaki hamun, malah turut ditumbuk pemandu bas terbabit di Chow Kit, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 2 petang itu, lelaki berusia 50 tahun berkenaan yang bertongkat pada mulanya menaiki bas dari Jalan Tuanku Abdul Rahman untuk ke Chow Kit.

Menurut sumber, sebaik tiba di tempat kejadian, mangsa meminta laluan untuk turun kerana ketika itu jumlah penumpang agak ramai.

“Mangsa yang lambat turun kerana sukar berjalan mengundang rasa tidak puas hati pemandu bas terbabit yang ingin cepat beredar.

“Akibatnya mangsa dimaki hamun pemandu itu yang meminta mangsa cepat menyebabkan berlaku pertengkaran,” katanya.

#Selalu Drebar Bas Yang Biadap adalah Drebar Bas Metrobus
#Bawa Bas Macam Bawa Kereta F1 
#Dah Pernah Kena Mendapat Drebar Bas Tu

#Credit to mymetro
**Hati - Hati Dijalan Raya , Ingatlah Orang Tersayang**

Media Prima umum pelantikan baru

Media Prima umum pelantikan baru

KUALA LUMPUR: Media Prima Berhad (MPB) mengumumkan Pengarang Urusan Kumpulan New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP), Datuk Abdul Jalil Hamid memegang jawatan tambahan sebagai Pengarang Kumpulan NST menggantikan Datuk Syed Nadzri Syed Harun yang bersara hari ini.
Pengarang Bersekutu NST, Abdul Rashid Yusof dilantik sebagai Timbalan Pengarang Kumpulan NST yang akan membantu Pengarang Urusan Kumpulan NSTP menguruskan keseluruhan operasi berita NST.

Abdul Rashid menggantikan Kamrul Idris Zulkifli yang dilantik sebagai Pengarang Umum NSTP yang bertanggungjawab terhadap polisi hubungan luar.
Pengarang Eksekutif (Business Times), Mustapha Kamil Mohd Janor dilantik sebagai Pengarang Urusan (Business Times) bagi mengetuai proses wajah baru sisipan bisnes NST.

Sementara itu, MPB turut mengumumkan pelantikan Sathiaseelan Paul Thurai sebagai Ketua Pegawai Strategi Rangkaian Televisyen MPB dan pada masa sama melaksanakan tanggungjawab sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Radio MPB.



#credit to mymetro

##Dulu Seelan Paul Kerja Dgn Astro
   Astro @AMP Radio Network
   Tak Nak Jaga Staff Habis Semua Lari Pergi Stesen Penyiaran Lain
   Tup-Tup Meletup Atau Dinaikkan Pangkat
   Jangan Nilai Prestasi Pekerja 1 Tahun or 2 Tahun
  Tahniah Semua Yang Dinaikkan Pangkat
  Semoga Anda Terus Sukses
#Apa Pon X Boley