Tuesday, October 30, 2012

Dating Tanpa Melakukan Perkara Dilarang



https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjvEVUZVqFMglByP8t6l-ao9eiwdPeoJGucje3aQMJre2cgmeUrkbqsJC95Kzo0lX0K1y3UgjFYJq3ly0pw0-RdjSlETngob11rf15cH0LO9QiaELogzy9BNDsuu0TWNr0ueLFi5X0AaDIk/s1600/couple20picture.jpg

Dating tanpa Melakukan Perkara
Dilarang
Soalan:
Apakah hukumnya keluar dengan
seorang lelaki bukan muhrim tanpa
melakukan perkara yang dilarang?




Jawapan:
Seorang wanita jika keluar dengan

lelaki yang bukan muhrim
hukumnya haram walaupun tidak
melakukan apa-apa yang dilarang.
Kerana keluar dengan bukan
muhrim itu sendiri merupakan
perkara yang dilarang oleh syarak.
Kecuali jika keluar itu disertai dengan
muhrim yang lain sebagai teman.
Sedangkan wanita yang ingin
mengadakan perjalanan pun
hendaklah disertakan dengan
muhrim apakah lagi dengan sengaja
ingin keluar berpeleseran dengan
yang bukan muhrim, maka sangat
jelas dan teranglah keharmannya

#LuPikirLah Sendiri...ApePonXBley


AES Detector For Malaysia Only

https://play.google.com/store/apps/details?id=air.AESDetector

Sunday, October 28, 2012

[Giveaway] McAfee Internet Security 2013 (6month subscription)














McAfee Internet Security 2013 brings the latest in security and data protection to your computers. This all-inclusive security bundle protects against online threats like spyware, Trojans and rootkits, letting you browse the internet safely and securely. It also comes with McAfee's spam filter, parental controls and secure online data storage...


Product Features ??


*New High-performance scanning engine-We built our next-generation scanning engine to guard your PC from the latest viruses, Trojans, spyware, rootkits, and other threats, all without seriouslycompromising battery life or slowing your PC down...

*Enhance Safe searching and shopping-With color-coded icons next to every search result, including popular social networking sites, you'll know if the site you're about to visit is safe..

*Enhance Digital data message-including the location of the blocked IP address and what makes the connection unsafe..

*McAfee automatically blocks suspect malicious ads to keep you protected
The new vulnerability scanner checks your PC for missing updates, and then recommends solutions to keep you safe..

Comprehensive, real-time anti-virus, anti-malware, firewall, spam filters, and parental controls, plus automated file backup to the safe deposit box in the cloud. People want to enjoy the benefits of connecting, surfing, and shopping online and don't want to think about security risks. Every second of every day, McAfee focus on one thing: keeping your digital life safe, so that you can surf, shop and socialize online with confidence...

How to get it::

To get McAfee Internet Security 2013 with 6-month Subscription For FREE, just click this link and Create a new account. ..

Tengok gambar di bawah..



 


 

 


#copy from OMG Hackers

Thursday, October 25, 2012

‘Hafizh Perlu Kekal’

KESETIAAN Hafizh Syahrin Abdullah dengan pasukan Petronas Raceline Malaysia, teruji seketika apabila Team Aspar, pasukan yang bersaing dalam siri Kejuaraan Motosikal Dunia, dikatakan berminat mendapatkan pelumba berusia 18 tahun itu.
Namun ketika Hafizh mendapat perkhabaran menggembirakan itu, bapanya, Abdullah Harun seboleh-bolehnya mahukan anak kesayangannya itu kekal bersama Petronas, syarikat gergasi yang sudah menajanya sejak awal pembabitan dalam sukan permotoran.

Sebagai bapa, naluri Abdullah kuat menyatakan sekiranya Hafizh menerima tawaran untuk beraksi bersama Aspar, kariernya tidak secerah diharapkan kerana beliau sedar perancangan Petronas sudah cukup cantik untuk anaknya itu.
“Saya sebenarnya tidak berapa tahu mengenai tawaran itu, tapi saya rasa andai Hafizh beraksi pada musim penuh dengan begitu cepat, katalah tahun depan, dia tidak akan dapat menunjukkan kemampuannya yang sebenar.

“Sebab pada penilaian kami, Hafizh sekadar berada pada kelompok 15 pelumba terbaik ketika ini sekiranya bersaing di Moto2, bukan pesaing di depan.

“Mengikut perancangan, Hafizh memang akan beraksi pada musim penuh, tapi bukan sekadar pelumba yang melengkapkan saingan, sebaliknya bersaing untuk merebut kejuaraan.
“Jadi, dia memerlukan masa sekurang-kurangnya satu atau dua tahun lagi atau pendek kata sehingga 2014, sebelum dia benar-benar bersedia untuk beraksi semusim penuh di Moto2,” katanya.

Abdullah menghargai minat Aspar terhadap anaknya itu, tapi menegaskan, meskipun pasukan itu mempunyai pengalaman luas dalam Kejuaraan Motosikal Dunia, situasi semasa menunjukkan mereka bukanlah pasukan terbaik.
“Industri permotoran ketika ini tertumpu kepada syarikat gergasi Asia berbanding Eropah untuk mendapatkan penajaan kerana masalah ekonomi di benua itu. Jadi mengapa Hafizh perlu bertukar ke pasukan lain sedangkan Petronas, satu jenama yang kukuh dari Asia terus setia mahu menajanya,” katanya.

Abdullah ditemui pada majlis makan tengahari yang dihadiri Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek bersama Hafizh serta pelumba Formuma BMW, Muhammad Nabil Jan Al-Jeffri semalam.

Akhbar semalam melaporkan Team Aspar, pasukan dari Sepanyol berminat mendapatkan khidmat Hafizh yang mempamerkan aksi cemerlang pada Grand Prix Motosikal Malaysia, Ahad lalu apabila menamatkan perlumbaan di tempat keempat selepas hanya bermula dari petak ke-27.

Sementara itu, pengurus pasukan, Barry Leong mengakui ada menerima panggilan daripada pihak Aspar yang menyatakan minat mendapatkan Hafizh.

“Benar, kami ada berbincang mengenai Hafizh, tetapi ia hanyalah sekadar perbincangan biasa dan tiada perkara yang lebih mendalam.

“Saya beritahu mereka jika benar serius mahukan Hafizh, mereka perlu kemukakan kertas cadangan mengenai perancangan masa depan Hafizh “Saya sentiasa bersikap terbuka, tapi apapun, keutamaan Hafizh ketika ini adalah bersama Petronas Raceline Malaysia dan kami juga sudah mempunyai perancangan tersusun untuknya,” katanya.


#credit to mymetro

KBS Usul Bina Litar ‘Drag’ RM15 juta

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) akan membina sebuah litar bagi perlumbaan ‘drag’ membabitkan kos sebanyak RM15 juta dalam usaha menjadikan sukan permotoran negara ini lebih profesional.
Menteri berkenaan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata Kabinet sudah meluluskan pembinaan litar itu dua minggu lalu bagi memastikan aspek keselamatan perlumbaan ekstrem itu lebih sistematik.

“Kementerian mendapat kelulusan Kabinet berhubung pembinaan litar perlumbaan drag itu membabitkan laluan sepanjang 800 meter. Kami mencadangkan agar dibina empat litar drag. “Setakat ini hanya satu yang lulus. Mengikut perancangan awal, litar itu akan dibina di Lembah Klang,” katanya kepada pemberita selepas majlis makan tengah hari bersama pelumba Moto2 negara Hafizh Syahrin Abdullah dan pelumba Formula BMW Muhammad Nabil Jan Al-Jeffri di Seri Kembangan, semalam.
Ahmad Shabery berkata pembinaan litar sistematik itu bertujuan mengelak insiden kemalangan seperti yang berlaku semasa perlumbaan drag pada Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya, Jun lalu.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Shabery berkata kementerian bersetuju memberi elaun kepada pelumba sukan permotoran yang mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa seperti yang dinikmati atlet lain Malaysia. “Kami akan lihat kategori dan bentuk sokongan yang akan diberikan kepada pelumba seperti Hafizh, Zulfahmi (Khairuddin dari Moto3) dan Nabil bagi mengurangkan beban mereka.

“Sebelum ini, kebajikan mereka (pelumba sukan permotoran negara) 100 peratus bergantung kepada penaja,” katanya.
Pada perlumbaan Motosikal Grand Prix Malaysia hujung minggu lalu, Zulfahmi melakar sejarah negara dengan meraih tempat kedua bagi kategori Moto3 manakala pelumba ‘wild card’ Hafizh Syahrin di tempat keempat bagi kategori Moto2. - Bernama


#credit to mymetro

Eddy Helmi Terima Tawaran Jang

SELEPAS memerah keringat selama 12 tahun beraksi untuk Johor FC yang kini dikenali Johor pada saingan Liga Super, akhirnya Eddy Helmi Abd Manan mengambil keputusan menerima tawaran beraksi untuk Negeri Sembilan pada saingan Liga Malaysia (Liga M), musim depan.
Bekas pemain kebangsaan itu berkata sudah tiba masanya dia beralih angin dengan pasukan Hoben Jang Hoben selepas agak lama beraksi bersama pasukan bertaraf kelab lebih terarah kepada mencari pengalaman baru.

“Saya akan menyertai Negeri Sembilan musim depan dan segala urusan menandatangani kontrak bakal dibuat tidak lama lagi. Buat masa ini hanya saya dari Johor FC akan beraksi dengan pasukan luar.
“Apapun saya berterima kasih kepada pengurusan lama yang memberi kepercayaan untuk beraksi selama 12 tahun dengan mereka. Malah saya sendiri agak sedih apabila terpaksa berhijrah ke Negeri Sembilan tapi sebagai pemain profesional, saya harus berani menimba pengalaman jika mahu memajukan diri dalam bola sepak.

“Sepanjang 175 penampilan bersama Johor FC, banyak kenangan pahit dan manis. Saya juga berjaya menjaringkan 35 gol dan berharap penampilan saya bersama pasukan baru akan beri lebih keyakinan untuk beraksi lebih konsisten,” katanya.

Mengulas kehadiran beberapa pemain berstatus bintang termasuk pemain kembar Aidil Zafuan dan Zaquan Adha Abd Radzak yang bakal beraksi untuk Johor , Eddy Helmi menganggap tindakan itu Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) sesuatu yang baik dalam usaha memartabatkan kembali bola sepak Johor.
Katanya, saingan Liga Super musim depan pasti lebih sengit selepas Johor turut dibarisi pemain berkualiti manakala Negeri Sembilan yang kemungkinan dibimbing jurulatih dari Portugal dan pernah membimbing pasukan Liga Indonesia, Persebaya, pasti menghangatkan lagi kancah saingan Liga M.

“Saya tetap menghormati Johor namun apabila bertemu dengan Negeri Sembilan pada saingan Liga Super nanti, sudah pasti saya akan memberikan yang terbaik untuk majikan saya dengan memastikan kemenangan,” kata Eddy Helmi.


#credit to mymetro

Tiada Kajian Semula Duti Kereta Import

KERAJAAN tidak bercadang mengkaji semula duti eksais bagi kereta import mahupun kenderaan keluaran tempatan kerana pengurangan duti eksais secara mendadak akan memberi kesan signifikan ke atas hasil kerajaan yang kini dianggarkan berjumlah RM7 bilion setahun serta pembangunan keseluruhan industri automotif tempatan.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, kerajaan sedar industri automotif tempatan perlu dimajukan lagi supaya ia menjadi industri yang lebih berdaya saing dan seterusnya dapat memberikan faedah kepada rakyat. - Bernama

#credit to mymetro

T-Team pikat Fowler

Robbie Fowler 


JIKA tiada aral melintang, legenda bola sepak Liverpool, Robbie Fowler (gambar) akan menyertai pasukan T-Team.
Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata, rundingan dengan bekas penyerang Liverpool itu sedang berjalan dan sekiranya tiada halangan, penjaring 183 gol Liga Perdana Inggeris itu bakal menjadi pemain merangkap jurulatih T-Team musim depan.

Ahmad berkata, beliau dimaklumkan pemain berusia 37 tahun yang menjadi pemain dan jurulatih kelab Muangthong United di Thailand musim ini, berminat untuk menyarung jersi hitam putih T-Team yang berpangkalan di Kuala Terengganu.
“Namun seperti pemain import lain juga, T-Team mesti memastikan Fowler masih cergas sepenuhnya dan bukannya mengambil kira nama besarnya semasa bermain di Liga Perdana Inggeris.

“Sekiranya kedua-dua pihak bersetuju, Fowler akan datang menyertai sesi ujian dan keputusan sama ada untuk mengambilnya atau tidak akan dibuat selepas itu,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, semalam.

Fowler mula menyertai pasukan remaja Liverpool pada 1984 sebelum diserapkan ke dalam pasukan utama sembilan tahun kemudian dan dia meninggalkan kelab itu pada 2001.
Sepanjang kerjayanya bersama Liverpool, Fowler menjaringkan 183 gol dengan 128 daripadanya dihasilkan dalam saingan Liga Perdana Inggeris. Selepas meninggalkan Liverpool, Fowler mencuba nasib dengan kelab Leeds United dan Manchester City namun pada 2006, penyerang berbisa itu kembali menyarung jersi Liverpool selama dua musim.

Dia kemudian membawa diri ke Australia dan bermain 26 kali untuk North Queensland Fury dan 28 kali bersama Perth Glory sebelum menuju ke Nonthaburi, Thailand untuk menyertai kelab Muangthong United sebagai pemain dan jurulatih.
Ahmad berkata, pada musim Liga Super akan datang, hanya seorang saja diberikan tanggungjawab sebagai pengurus dan jurulatih dengan harapan langkah itu akan membawa kebaikan dari segi pengurusan dan prestasi kelab.

“T-Team akan mengikut cara pasukan Liga Inggeris yang mempunyai satu ketua saja sebagai pengurus dan ketua jurulatih,” katanya.

Beliau percaya sekiranya Fowler menyertai T-Team, lebih ramai peminat bola sepak di negeri ini bakal menjadi penyokong kelab itu.

“T-Team juga sedang mencari pemain import lain yang berkualiti dengan seorang daripadanya ialah Derek Boateng,” katanya.

Boateng, 29, yang juga pemain tengah antarabangsa Ghana beraksi bersama kelab Dnipro di Ukraine dan dia turut dikaitkan dengan perpindahan ke Fulham.

Dalam perkembangan lain, Ahmad berkata, Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu perlu menyelesaikan sendiri masalah yang melanda persatuan itu.

“Mereka perlu membuat keputusan mengenai status Peter Butler sebagai ketua jurulatih selepas FAM menarik balik penggantungan dan penamatan kontraknya.

“Namun saya diberitahu yang semua itu akan diputuskan dan diselesaikan dalam masa satu atau dua minggu lagi,” katanya.


#credit to mymetro


Wednesday, October 24, 2012

Soalan Sebelum Anda Masuk Meminang

10 Soalan Sebelum Anda Masuk Meminang

 


1. Apakah wawasan hidupnya?

Setiap orang mempunyai wawasan dan cita-cita yang ingin dicapai dalam hidupnya. Inilah yang perlu anda ketahui mengenai bakal pasangan hidup anda. Sekiranya anda dan dia mempunyai wawasan dan matlamat hidup yang sama maka perselisihan dalam rumahtangga akan berkurangan.

2. Bagaimanakah kefahamannya mengenai konsep perkahwinan?

Kefahaman serta tasawur yang jelas mengenai perkahwinan amat penting. Sekiranya kedua-dua pihak mempunyai kefahaman yang berbeza, umpamanya satu pihak menganggap perkahwinan hanya sekadar memenuhi tuntutan nafsu semata-mata, sedang satu pihak lagi memandang sebagai satu ibadah, sudah semestinya rumahtangga yang bakal dibina tidak akan aman daripada perselisihan dan pergaduhan.

3. Apakah sifat-sifat yang digemari dan tidak digemarinya?

Adalah penting bagi setiap pasangan mengetahui kegemaran pasangannya, apa yang disukai dan tidak disukainya kerana kadang-kadang perselisihan berlaku disebabkan kelainan kegemaran dan citarasa. Sekiranya kegemaran setiap pihak diketahui terlebih awal mungkin perselisihan dapat dielakkan.

4. Apakah pandangannya mengenai anak pada tahun pertama perkahwinan?

Setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza mengenai masa yang sesuai untuk menimang cahaya mata. Sekiranya satu pihak belum bersedia sedang pihak yang satu lagi sudah tidak sabar untuk bergelar ibu atau ayah, pastilah kedua-dua pihak akan berasa tertekan dan perhubungan akan jadi tegang.

5. Adakah dia mempunyai masalah kesihatan atau kecacatan?

Masalah kesihatan yang kronik atau kecacatan semula jadi pada anggota badan tidak wajar disembunyikan. Mengetahui adanya penyakit atau kecacatan tertentu akan mempengaruhi keputusan yang bakal diambil. Menyembunyikan penyakit yang kronik atau kecacatan yang mengaibkan boleh dianggap sebagai satu penipuan.

6. Adakah dia seorang yang suka bergaul?

Sesetengah orang suka bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat, mempunyai kawan dan kenalan di merata-rata tempat. Sesetengah yang lain pula suka menyendiri, tidak pandai berkawan dan sukar didampingi. Orang macam mana yang anda cari?

7. Bagaimana hubungannya dengan ahli keluarganya?

Perkahwinan bukan sekadar aqad yang mempertemukan antara dua jiwa. Sebaliknya perkahwinan merupakan hubungan kemasyarakatan yang mencantumkan antara dua keluarga atau lebih. Oleh itu bakal tunangan harus tahu status keluarga serta hubungan mereka antara satu sama lain. Hubungan kekeluargaan juga sedikit sebanyak menggambarkan keperibadian seseorang.

8. Apakah kegemarannya dan bagaimana dia mengisi waktu lapangnya?

Kegemaran serta cara seseorang memenuhi masa lapangnya juga memberi gambaran tentang wawasan serta cita-citanya dalam hidup ini.

9. Adakah dia aktif dalam mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau pertubuhan kebajikan?

Keaktifan dalam persatuan kebajikan atau pertubuhan sukarela menggambarkan dia bukan seorang yang sombong dan mementingkan diri. Orang yang hidupnya sekadar untuk memenuhi cita-cita dan wawasan peribadi semata-mata sebenarnya hidup dalam dunia yang sempit dan mati sebagai insan yang kerdil. Tetapi orang yang hidup dalam perjuangan akan hidup sebagai insan yang hebat dan apabila dia mati namanya akan dikenang zaman-berzaman.

10. Apakah pandangannya sekiranya ibu bapa masuk campur dalam urusan peribadi atau urusan rumahtangga mereka?

Setengah orang menganggap rumahtangga adalah masalah peribadi yang terlalu khusus. Tiada seorang pun yang boleh masuk campur walaupun ibu bapa sendiri. Hal ini sangat penting diketahui oleh setiap orang yang akan memasuki gerbang perkahwinan. Apakah pandangan bakal pasangan hidupnya. Adakah dia termasuk dalam golongan di atas atau sebaliknya seorang yang terlalu bergantung kepada kedua-dua ibu bapanya walaupun telah berkeluarga?


Apabila anda telah mendapat jawapan yang bersesuaian dengan apa yang dicari, maka teruskanlah hasrat anda untuk melamarnya. Begitu juga halnya dengan pihak yang dilamar. Pastikan anda mengenali jejaka yang melamar itu dengan mengajukannya 10 soalan di atas.

 




Soros Dendam dengan Malaysia

 

KUALA LUMPURSpekulator mata wang terkenal berketurunan Yahudi, George Soros dipercayai menyimpan dendam terhadap kerajaan Malaysia dan berhasrat menghancurkan negara ini.


Pesiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali mendedahkan, Soros menganggap negara ini sebagai musuh selepas bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menggelarnya penyangak mata wang ketika krisis ekonomi melanda Asia Tenggara pada tahun 1997 dan 1998.
Disebabkan itu, Soros didakwa mempunyai agenda jahat dengan menggunakan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) untuk menjatuhkan negara ini.

“Sejak zaman Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri lagi, dia (Soros) menyimpan dendam terhadap negara ini kerana menuduhnya sebagai pencetus krisis ekonomi.
“Bagi Soros, kalau Malaysia jatuh, Tun Mahathir dan kerajaan yang memerintah ketika ini akan turut jatuh,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.


credit: kosmo online






Keburukan Kacang Soya Yang Kita Tidak Ketahui

Nabi SAW mengamalkan pemakanan sunnah seperti kurma, kismis dan lain-lain. Tetapi kita telah dipalingkan daripada pemakanan sunnah oleh golongan tertentu sehingga yg baik tidak diambil, sebaliknya kita disogokkan oleh musuh Islam dengan matlamat untuk melariskan barangan mereka. Kita selalu digambar-gemburkan dengan kandungan dan kebaikan soya yang mengandungi nutrien penting dan protein. Hakikatnya, soya sebenarnya mengandungi kandungan bahan kimia yang berbahaya. Terutama sekali untuk kaum wanita.
Antara keburukan kacang soya:

http://www.jomberita.com/wp-content/uploads/2012/09/soya.png 

•Meningkatkan risiko penyakit barah payudara (breast cancer) di kalangan wanita.
•Berupaya mempengaruhi dan melembapkan minda/otak.
•Punca kepada proses pertumbuhan luar biasa untuk bayi dalam kandungan dan kanak-kanak.
Kajian menunjukkan kacang soya mengandungi satu bahan kimia yang menyerupai hormon estrogen (yakni hormon wanita). Bahan kimia ini jika diambil berlebihan mampu mengubah perkembangan seksual / sexual development.

FAKTA: 2 gelas susu soya sehari, dalam masa sebulan, adalah cukup untuk mengubah masa kitaran haid wanita!
Kacang soya mengandungi satu susunan fotokimia iaitu komponen yang aktif secara biologi yang terhasil dari tumbuh-tumbuhan yang mengagumkan, dan susunan yang paling menarik ialah satu chemical bernama isoflavone (komponen sebatian kimia yang dikaji dapat melegakan symptom menopous, mengelak kanser, memperlahankan kadar osteoporosis dan mengurangkan risiko penyakit jantung.)

#jomberita.com

Balik kampung ikut jadual PLUS

Kuala Lumpur: Orang ramai dinasihatkan mengikut jadual waktu perjalanan (TTA) yang dikeluarkan PLUS Malaysia Berhad (PLUS) bagi Lebuh Raya Utara-Selatan sempena cuti Aidiladha, mulai esok hingga 28 Oktober ini.

Ketua Komunikasi Korporat PLUS, Mohd Nizam Ismail, berkata TTA yang dikeluarkan pada musim perayaan lalu berjaya membantu orang ramai bergerak dengan lebih selesa di Lebuh Raya Utara-Selatan untuk merancang perjalanan, selain mengelak kesesakan lalu lintas.
“Justeru, PLUS sekali lagi menasihatkan pengguna jalan raya yang pulang bercuti dan kembali ke Lembah Klang supaya terus memberi kerjasama dengan mematuhi jadual perjalanan dikeluarkan,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

PLUS nasihat pengguna yang pulang bercuti dan kembali ke Lembah Klang terus beri kerjasama mematuhi jadual perjalanan dikeluarkan," - Mohd Nizam Ismail, Ketua Komunikasi Korporat PLUS
Bagi 25 dan 26 Oktober, waktu perjalanan dicadangkan ialah dari Lembah Klang ke Kedah, Perlis dan Pulau Pinang melalui Juru serta perjalanan ke Johor melalui Skudai, Senai Utara, Ayer Hitam, Yong Peng dan Tangkak.

Perjalanan dari Lembah Klang ke Kuala Kangsar, Changkat Jering dan Taiping serta Melaka melalui Ayer Keroh antara 12 tengah hari dan 3 petang, manakala perjalanan ke Ipoh, Simpang Pulai dan Gopeng serta Tampin dan Alor Gajah melalui Simpang Ampat bermula antara 3 petang dan 6 petang.

Orang ramai boleh mula memasuki lebuh raya ke Tapah, Bidor, Sungkai, Slim River, Tanjung Malim, Senawang, Port Dickson dan Seremban selepas 6 petang.

Kenderaan dengan nombor plat ganjil melalui Tambak Johor dan Linkedua serta Jambatan Pulau Pinang dinasihatkan memasuki lebuh raya setiap jam ganjil seperti 9 pagi, 1 tengah hari dan 7 malam, manakala kenderaan plat genap memulakan perjalanan pada setiap jam genap.
Bagi 27 dan 28 Oktober, perjalanan dari Lebuh Raya Utara-Selatan ke Lembah Klang dicadangkan sebelum 9 pagi dan selepas 10 malam, manakala perjalanan tidak melalui kawasan Lembah Klang pula antara 12 tengah hari atau selepas 6 petang.

Semua perjalanan dari utara dan selatan melalui Tambak Johor dan Linkedua serta Jambatan Pulau Pinang bagi kenderaan dengan nombor plat ganjil dinasihatkan setiap jam ganjil, manakala kenderaan nombor plat genap bermula pada setiap jam genap.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini dengan menghubungi talian bebas tol PLUSline 1800-88-0000 atau mengikuti laman Twitter PLUSTrafik. - BERNAMA

#copy from Berita Harian Online

Calendar 2013 & Cuti Umum

Malaysia School Holiday & Malaysia Public Holidays 2013 Calendar. Cuti Umum & Cuti Sekolah Malaysia 2013

The dates for public holidays shown here are only preliminary, and subject to change at any time.
Update on 8 Oct 2012: School holidays are out
23.03.2013 - 31.03.2013
25.05.2013 - 09.06.2013
07.08.2013 - 18.08.2013
16.11.2013 - 01.01.2014


For schools in Kedah, Kelantan and Terengganu, holidays start and end a day earlier

Click here for 2012 Public and School Holidays




January
S M T W T F S


1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31
February
S M T W T F S





1 2
3 4 5 6 7 8 9
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28

March
S M T W T F S
31



1 2
3 4 5 6 7 8 9
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30
April
S M T W T F S

1 2 3 4 5 6
7 8 9 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30



May
S M T W T F S



1 2 3 4
5 6 7 8 9 10 11
12 13 14 15 16 17 18
19 20 21 22 23 24 25
26 27 28 29 30 31
June
S M T W T F S
30




1
2 3 4 5 6 7 8
9 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
July
S M T W T F S

1 2 3 4 5 6
7 8 9 10 11 12 13
14 15 16 17 18 19 20
21 22 23 24 25 26 27
28 29 30 31


August
S M T W T F S




1 2 3
4 5 6 7 8 9 10
11 12 13 14 15 16 17
18 19 20 21 22 23 24
25 26 27 28 29 30 31
September
S M T W T F S
1 2 3 4 5 6 7
8 9 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30




October
S M T W T F S


1 2 3 4 5
6 7 8 9 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31

November
S M T W T F S





1 2
3 4 5 6 7 8 9
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30
December
S M T W T F S
1 2 3 4 5 6 7
8 9 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31



Safiq tekad tolak pelawaan Arema (Arena Malang)

TENANG...Safiq (kiri) mendengar taklimat Rajagobal pada sesi latihan.
TENANG...Safiq (kiri) mendengar taklimat Rajagobal pada sesi latihan. 


“KEPIMPINAN menerusi teladan”. Semangat itu yang dipamerkan kapten skuad negara, Mohd Safiq Rahim yang bertekad menolak pelawaan kelab Indonesia, Arema-Pelita yang mahukannya menjalani ujian pemilihan.
Baginya kem latihan skuad negara yang berada dalam fasa akhir untuk menghadapi tugasan getir mempertahankan Piala AFF lebih penting walaupun pelawaan kelab Indonesia itu dianggap peluang keemasan dalam mengembangkan karier dan cita-citanya untuk beraksi di luar negara selama ini.

“Walau sekalipun saya tidak mahu terlepas sesi latihan skuad negara kerana keutamaan pada masa kini adalah mempertahankan Piala AFF selepas kancah liga tempatan berakhir baru-baru ini,” kata perancang tengah berusia 25 tahun itu yang mengalami kecederaan penggelangan kaki kanan namun tidak serius.
Katanya, surat kelab terbabit memintanya untuk menghadiri diri bagi menjalani ujian pemilihan pada Jumaat hingga Ahad ini dengan satu perlawanan persahabatan turut diatur.

“Tujuan pelawaan mereka kali ini adalah lebih kepada mahu melihat sendiri corak permainan dan keupayaan saya. “Malah saya difahamkan dua pemain dari Singapura turut dipanggil bagi menjalani ujian percubaan ini.

“Jadi untuk kali ini saya terpaksa menolak kerana misi skuad negara lebih penting. Mereka boleh mengadakan ujian pemilihan lain seandainya benar-benar mahu menggunakan khidmat saya. Kalau ada rezeki saya adalah dan mereka perlu tunggu (masa yang sesuai) jika mahukan saya,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan skuad negara semalam. Menurut pakar sepakan percuma negara itu, walaupun belum mendapat pelepasan daripada mana-mana pihak, dia sudah membuat keputusan untuk menolaknya.
Difahamkan skuad Arema-Pelita kendalian bekas jurulatih skuad bawah 23 tahun Indonesia, Rahmad Darmawan merancang untuk menguji beberapa pemain termasuk Safiq dalam perlawanan persahabatan menentang Gresik United pada Ahad.

Gaya permainan pemain tengah Selangor itu dilaporkan mirip bekas bintang Arema Indonesia, Ahmad Bustomi dan Rahmad amat mahukan Safiq kerana menganggap kualiti yang dimilikinya lebih baik berbanding empat pemain tengah lain yang sudah dimilikinya iaitu Hendro Siswanto, I Gede Sukadana, Dedi Kusnandar dan Elgi Melgiansyah.
Kelab yang dilaporkan akan bergabung itu turut mempunyai empat pemain asing yang lain seperti Thierry Gathuesi (Cameroon), Alberto Beto Gonalves Da Costa (Brazil), Keith Jerome Kayamba Gumbs (St. Kitts and Nevis) serta jutawan pertama bola sepak negara, Mohd Safee Sali yang kini turut berada dalam kem latihan negara di bawah kendalian Datuk K Rajagobal

#copy from mymetro

Seorang Lagi Diburu

KUALA LUMPUR: Polis mengenal pasti identiti seorang lelaki dipercayai terbabit secara langsung dalam kes melarikan sebuah kereta mewah Porsche Panamera 4 bernilai RM900,000 dari bilik pameran di Jalan Bukit Bintang dalam kejadian 11 Oktober lalu.

Lelaki berusia 57 tahun itu dikatakan berjumpa dengan seorang daripada kakitangan di pejabat pameran itu untuk menempah kenderaan itu sebelum bertindak melarikan kunci kereta berkenaan. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, hasil siasatan polis mendapati, suspek mempunyai enam kes jenayah lampau atas kesalahan mencuri kereta.

“Siasatan lanjut turut mendapati, suspek, Lim Ah Hua, 57, beralamat terakhir di Jalan USJ3/1B, Taman Seafield, Subang Jaya, Selangor yang aktif dalam jenayah mencuri kenderaan mewah sejak 1986 itu menjual kenderaan berkenaan ke Thailand, Dubai dan Indonesia.
“Lelaki terbabit juga pernah dikenakan tindakan mengikut undang-undang pencegahan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Brickfields, semalam.

Ku berkata, pihaknya percaya kereta yang ditinggalkan di tepi jalan berhampiran Pasar Borong Seri Kembangan kelmarin adalah untuk diambil suspek setelah menemui kunci kenderaan berkenaan yang diletakkan di atas tayar kiri bahagian depan kereta mewah itu.

Menurutnya, polis turut mengesan Shoo Kar Sin, 42, beralamat terakhir di Block D, Jalan Prima 1, Vista Magna, Metro Prima, Batu 7, Jalan Kepong, di sini bagi membantu siasatan kes berkenaan.


#copy from mymetro

Tuesday, October 23, 2012

Siapa Menanggung Dosa Kerana Seorang Wanita

Siapa Yang Menanggung Dosa Kerana Seorang Wanita?




Wanita+bertudung Siapa Yang Menanggung Dosa Kerana Seorang Wanita?

Dosa seorang wanita yang tidak menutup aurat dan melakukan maksiat tidak ditanggung olehnya seorang sahaja. Tetapi beliau turut mengheret puluhan orang lain yang akan menanggung dosa bersamanya. Adakalanya si wanita ini berkata:


‘Aku tidak menutup aurat itu aku punya pasal la! Bukan aku menyusahkan kamu pun!’


Sebenarnya beliau silap! Dek kerana dirinya yang tidak menutup aurat, beliau telah membuatkan orang-orang yang bertanggungjawab mendidik dan menjaganya turut menanggung dosa. Siapakah orang-orang itu? Mereka ialah:


(1) Suaminya.
(2) Ayahnya.
(3) Saudara lelakinya.
(4) Anak lelakinya.


Keempat-empat golongan lelaki ini perlu bertanggungjawab memikul beban dosa yang dibuat oleh seorang wanita. Adakah ini dikatakan tidak menyusahkan?
Itu baru sebahagian. Mereka yang disenaraikan di atas adalah orang-orang yang perlu ‘bertanggungjawab’, belum termasuk orang-orang lain yang ‘terlibat’. Di bawah ini saya senaraikan pula orang-orang lain yang terlibat kerana dosa seorang wanita:
Sahabat
Sahabat yang menyuruh, mencadangkan dan yang dijadikan contoh untuk seorang wanita membuka aurat perlu menanggung dosa yang sama seperti wanita yang membuka aurat.
Sahabat yang tidak menegur juga perlu menanggung dosa kerana tidak menyampaikan amanah dari Allah. Telah dinyatakan bahawa kita perlu membuat teguran dalam peringkat:
(1) Tegur dengan tangan jika terdaya.
(2) Tegur dengan mulut jika terdaya.
(3) Benci di dalam hati. Dan ini adalah selemah-lemah iman.
Jika tidak menegur kita sekurang-kurangnya perlu merasa benci di dalam hati. Bukankah hal ini menyusahkan orang lain?
Orang yang melihat
Sesiapa sahaja yang melihat dengan syahwat dan ghairah akan menanggung dosa penglihatan dan dosa hati. Setiap mata yang memandang walaupun hanya sehelai rambut akan membuatkan si wanita itu bertambah dosa berlipat kali ganda.
Jurufoto
Jurufoto yang mengambil gambar wanita bukan mahramnya yang tidak menutup aurat adalah berdosa. Dosanya akan bertambah apabila menyebarkan gambar itu dalam majalah, internet dan seumpamanya.
Penerbit surat khabar, majalah, blog dan sebagainya.
Mana-mana sahaja media yang memaparkan aurat wanita adalah berdosa. Tengok saja penulis blog gosip, majalah, surat khabar dan sebagainya. Semuanya dipenuhi dengan gambar-gambar wanita yang tidak menutup aurat. Kesemua orang ini menanggung dosa disebabkan oleh wanita yang tidak menutup aurat.
Penjual/ penyebar
Orang yang menjual majalah, gambar-gambar dan sesiapa sahaja yang menyebarkan gambar wanita yang tidak menutup aurat dalam FB, Tagged, Friendster, Myspace dan sebagainya turut menanggung dosa. Dalam Islam, apa sahaja yang haram adalah haram untuk dijual dan disebarkan.
Pembeli/ pembaca
Orang yang membeli dan membaca turut menanggung dosa. Sesiapa yang menyumbang dan memberi sokongan untuk kejayaan mereka-mereka yang mendedahkan aurat ini akan menerima saham dosa masing-masing. Kerana disebabkan merekalah golongan-golongan yang tidak menutup aurat ini semakin bangga dengan dosa-dosa mereka.
Inilah antara orang yang akan menanggung dosa kerana seorang wanita yang tidak menutup aurat. Tidak cukupkah senarai ini menjelaskan bahawa betapa perbuatan tidak menutup aurat itu akan menyusahkan orang lain? Itu belum termasuk orang-orang yang melihat dengan ghairah sehingga menyebabkan mereka berniat untuk merogol, mencarut, memaki-hamun, mengumpat tentang keburukan bentuk tubuh wanita itu dan banyak lagi kesan buruk yang perlu ditanggung disebabkan sikap sombong seorang wanita yang tidak menutup aurat.
Nauzubillah…
Setelah membaca, mari kita renung-renungkan kembali berapa banyak dosa yang telah kita kumpulkan? Beristighfar dan bertaubatlah sebelum terlambat…
Sebarkan artikel ini, semoga kita semua mendapat manfaat. InsyaAllah…

#Copy From - suarapeople.com