KUALA LUMPUR: Polis mengenal pasti identiti seorang lelaki dipercayai
terbabit secara langsung dalam kes melarikan sebuah kereta mewah
Porsche Panamera 4 bernilai RM900,000 dari bilik pameran di Jalan Bukit
Bintang dalam kejadian 11 Oktober lalu.
Lelaki berusia 57 tahun itu dikatakan berjumpa dengan seorang
daripada kakitangan di pejabat pameran itu untuk menempah kenderaan itu
sebelum bertindak melarikan kunci kereta berkenaan. Ketua Jabatan
Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, hasil siasatan
polis mendapati, suspek mempunyai enam kes jenayah lampau atas
kesalahan mencuri kereta.
“Siasatan lanjut turut mendapati, suspek, Lim Ah Hua, 57,
beralamat terakhir di Jalan USJ3/1B, Taman Seafield, Subang Jaya,
Selangor yang aktif dalam jenayah mencuri kenderaan mewah sejak 1986 itu
menjual kenderaan berkenaan ke Thailand, Dubai dan Indonesia.
“Lelaki terbabit juga pernah dikenakan tindakan mengikut
undang-undang pencegahan,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat
Polis (IPD) Daerah Brickfields, semalam.
Ku berkata, pihaknya percaya kereta yang ditinggalkan di tepi
jalan berhampiran Pasar Borong Seri Kembangan kelmarin adalah untuk
diambil suspek setelah menemui kunci kenderaan berkenaan yang diletakkan
di atas tayar kiri bahagian depan kereta mewah itu.
Menurutnya, polis turut mengesan Shoo Kar Sin, 42, beralamat
terakhir di Block D, Jalan Prima 1, Vista Magna, Metro Prima, Batu 7,
Jalan Kepong, di sini bagi membantu siasatan kes berkenaan.
#copy from mymetro
No comments:
Post a Comment