
KUALA LUMPUR – Spekulator mata wang terkenal berketurunan Yahudi, George Soros dipercayai menyimpan dendam terhadap kerajaan Malaysia dan berhasrat menghancurkan negara ini.
Pesiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim
Ali mendedahkan, Soros menganggap negara ini sebagai musuh selepas bekas
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menggelarnya penyangak mata
wang ketika krisis ekonomi melanda Asia Tenggara pada tahun 1997 dan
1998.
Disebabkan itu, Soros didakwa mempunyai agenda jahat dengan
menggunakan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) untuk menjatuhkan negara ini.
“Bagi Soros, kalau Malaysia jatuh, Tun Mahathir dan kerajaan yang memerintah ketika ini akan turut jatuh,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
credit: kosmo online
No comments:
Post a Comment